Taste Of Flesh ‘Hail hail Thrash’ CD (rip kids/teriak keras)/RM6Waduh, ini laju bangat sih dan amat rocking sekali. TOF merupakan band thrash dari Indonesia. Ternyata ia merupakan sebuah kugiran political dengan ‘fukk the rich, feed the poor’ tertera di muka depan booklet CD ini. Lirik-lirik mereka menigsahkan tentang kos perubatan yang mahal, politik scene dan lain-lain. Aku beli CD ni dari Kidd dengan harga RM6, harga dalam rupiah gwe nggak tau. Kontek sendiri
tof_88@yahoo.com www.tasteofflesh.tk, teriak records: jl. Pitara rt. 05/14 no. 49 depok 16436 Indonesia. Atau Rip Kids: jl. Dukuh 2 no. 169. depok 1 -16432, Indonesia
www.ripkids.com (nizang)
V/A Half The Battle/Play/Feud (Delusion Of Terror/Take Four)/RM15Tiga kugiran hardcore dan dua buah DIY label dari Filipina bergabung untuk menyiapkan sebuah 3 way split CD. Half The Battle datang dengan lapan lagu berentak hardcore dengan vocal garang mengaum dengan part-part youthcrew nyanyi ramai-ramai. Mereka mengisahkan tentang ketamakan ‘orang dewasa’ dalam lirik mereka, kepentingan diri sendiri sesetengah orang, dan lain-lain. Sempat mengcover lagu dari Good Clean Fun yang sungguh bes sekali. Play juga memainkan irama yang agak sama seperti HTB dengan vocal yang lebih laju dan selambe berbanding HTB. Lirik lebih kepada semangat utk menentang, bersatu, dan juga satu lagu pasal cinta. Feud merupakan band yang tidak asing lagi dari Filipina. Kali ini muzik mereka lebih bertenaga. Kejap melodic, kejap laju dengan vocal yg lebih beremosi dengan banyak part sing along. Banyak mesej yang agak mendalam tentang reality kehidupan, ketidakbekersanan system politik, dan Genetically Modified Organism! Ape menatangkah GMO itu? Aku pun baru nak explore tentang isu ini. Jadi, ada baiknya kamu cari fakta tentang GMO ini di internet. Delusion of Terror, 299 Bintog, Plaridel, Bulacan 3004 Phillipines
delusion.of.terror@gmail.com or TakeFour Collective, P.O Box 3900 CPO, Manila 1000 Phillipines,
getintouchxxx@yahoo.com or takefourcollective.com (nizang)
Cannaris ‘cannarijuana' cdr (Gegey)/RM4+stamp
Aku kurang arif utk mereview music metal. Ni merupakan kugiran metal dengan vocal yang amat marah dari Besut, Terengganu. Ada jugak sikit part vocal yang melodic pada lagu kedua. Hanya ada tiga lagu dalam cd ni. Nak kata single, bukan single. Lirik tidak disediakan, jadi aku tak tahu apa mesej yang ingin disampaikan.
cannaris@gmail.com or
www.myspace.com/cannaris (nizang)
Parkinson/Reconstruct (Broken Noise/Black Konflik)/RM10Siallah. Aku tak jumpe mane pegi 3-way split grind aku antara Parkinson, SMG dengan Kereno Neko. Takpelah. Aku review CD ni je sebab CD ni pun aku tak review lagi. Ok, Reconstruct kembali dengan irama rocking heavy crust mereka dengan 5 buah lagu dengan lirik berkenaan polis, takmau tradisi dan kuasa melayu, penting diri sendiri, tamak haloba dan lain-lain. Parkinson pula lima lagu baru dan dua lagu cover dari Warsore. Pembuka side mereka ialah sessi interview bersama seorang makcik. Lirik berkenaan pencemaran, perperangan, ketamakan manusia dah lebih teruk dari binatang, dan lain-lain. Semua lirik kali ni, dalam bahasa inggeris! Black Konflik Records, Aizuddin, no. 59, Lorong 3, Taman Kenanga, 27600 Raub, Pahang,
visikonflix@hotmail.com Blusterd ‘pocketful of dreams’ ep cdr (stuck)/RM10
Blusterd merupakan sebuah band modern-rock/grunge dari Alor Star. Agak menarik untuk mereka-mereka yang gemarkan band-band modern rock/grunge seperti Muse, Butterfingers dan lain-lain. Datang dengan cover kemas, dan ringkas hitam putih. Antara lagu yang menarik di telinga aku ialah ‘it won’t be late’, ‘a place’ dan lagu-lagu lain agak sama bertenaga jugak. Hail, modern rock! Stuck music 2929-J, Taman Muhibbah, 05350, Jalan Sultanah, Alor Star, Kedah, Malaysia
www.myspace.com/blusterdofflineV/A Thrash It Up! Cd (Epidemic Records)/RM10Wah, antara CD yang amat menarik aku perolehi baru-baru ni. Dengan cover art yang amat menarik dan Under Attack ditampilkan, sudah membuatkan CD ini “wajib-beli” untuk aku. CD ini dirasmi oleh kugiran Yogyakarta dari Singapura. Aku selalu mendengar nama band ni sebelum ni, dan ternyata aku amat menyukai band ni! Dengan vocal yang nakal bersahaja, drum laju halilintar dan gitar kering. Memang aku tidak akan melepaskan peluang jika ada peluang untuk melihat mereka beraksi. Mereka menyanyikan lagu tentang punk tahi, DIY, dan lain-lain. Relationshit pernah beraksi di beberapa kota di Malaysia sekitar 3 tahun lepas. Thrash laju marah dari Jakarta, tapi dalam rakaman kali ni mereka agak melodic dan kurang laju. Bercerita tentang ‘narrow-minded’, memilih untuk tidak mengundi, dan lain-lain. Turut diselitkan dua lagu spoken-words dengan diiringi lagu (macam Kasih Sayang). Sudah lama aku tunggu rakaman dari Under Attack dari Singapura, kini ia berada di tangan aku. Hahahah! Memang laju dan rocking sekali. Antara lagu kegemaran aku ialah ‘Punk as fukk, fukked as you!’, ‘it’s ok!’, ‘shoot and kill’. Lirik mereka berkenaan ketidak-kisahan samada sxe, vegan, punk mabuk: semuanya sama saje, otai dalam scene, mahu bom syarikat MNC kalau dalam penjara ada scene hardcore, internet dan skatepark! Haahhaha…! Suara Anak Muda pula mewakili, hahha Malaysia dengan irama fastcore marah mereka. Aku merasakan vocal stail ini kurang sesuai dengan music sebegini, tapi itu pilihan masing-masing. Seakan-akan grindcore. Lirik-lirik dari mereka pula agak poetic mengenai system yang merogol anda, menolak tua dan lain-lain. Tiada explanation, aku rasa mereka perlu menyatakan explanation pada rilis akan datang kerana stail lirik mereka agak susah difahami oleh orang-orang IQ rendah macam aku. Kecuali kalau mereka ingin membiarkan ianya terbuka utk orang interpret. Sekian. Dapatkan dari distro-distro yang mencarry CD ini atau try kontek terus Epidemic c/o Muhd Zarifi, Blk 381 Clementi Ave 5, #09-384 Singapore 120381 atau
epidemic_distro@hotmail.com harga RM10 itu tidak termasuk kos penghantaran weh! Aku beli by hand sendiri dari tokey label mase gig CBU in KL tempoh hari. (nizang)
Bawah Tanah Comic Fanzine (A5/copied/BM)/RM2+stamps
Dah lama scene hc/punk local takde comic zine/art zine selain zine Core Peps. Lukisan-lukisan dalam zine ni agak baik gak ler walaupun kekadang jelas ada pengaruh lukisan-lukisan kartunis terkenal yang lain dari comic-comic terkenal di pasaran. Cerita-cerita dalam komik ni pun tak banyak sgt berkaitan dengan scene atau kehidupan mamat dan minah hc/punk/independent music, sikit-sikit jer. Kat baju karektor-karektor komik ni banyak tulis band-band hc/punk/metal tempatan dan luar Negara. Mohd Amri bin Mohamad Noh No. 52, Jln Saga 1, Tmn Saga, 68000 Ampang, Selangor atau
gang38th2000@yahoo.com (nizang)
Ripple Mag #42 (Bahasa Indonesia/printed)/RM25
Aku pernah beli magazine ni saiz poket #2 masa kat gig Heaven’s Studio, Ampang zaman Pak Kaduk dulu. Kepada mereka yang ada masa zaman tu mesti kenal Heaven’s Studio kat mane. So, setelah sekian lama tak tahu pasal perkembangan magazine ni. Aku terjumpa mereka di MySpace. Kelihatan mereka sudah maju bangat berbanding dulu. aku ada tanye pada mereka bila mereka boleh memasarkan majalah mereka ni di Malaysia. Haha! Mereka pun jawab, setakat ni hanya di Indonesia. Satu hari nan indah, tika sang matahari tersenyum riang, hujan tiba-tiba melanda Bandar Kuala Lumpur. Aku dengan Rizie terkandas di Campbell Complex lalu pergi melepak di kedai Tools And Trade. Tanpa berpikir panjang, aku beli majalah ni. Mahal sikit pun takpe. Aku ni mmg suka beli walaupun tak bace sangat pun majalah! Lagipun support kedai Tools And Trade. Apa yang menarik dalam majalah ni? Selain dari susun atur yang amat kemas dan design yg cantik dan berseni, ia menampilkan 17 tips-tips yang berguna. Contoh: tips berhenti masturbasi, tips design cover CD/kaset, tips untuk memecat ahli band anda, tips membuat webzine dan zine, tips membuat record label, tips melancarkan diet anda, dan lain-lain. Hoho! Selain itu, ia juga menampilkan beberapa band independent maupun tak independent seperti The Upstairs, Soledad Brothers, Erlend Oye dan juga Free Love. Aku tak menyesal membeli majalah ni. Ripple Magazine HQ, Jl Mutumanikam No. 71, Bandung 42065 or
www.ripplemagazine.net or
ucay@ripplemagazine.net (nizang)